Sunday, February 17, 2013
PERSOALAN TENTANG RUMPAI LAUT YG SERING DITANYA OLEH PENGGUNA
SOALAN : Kalau orang mengandung boleh makan ke makan PMC? Tak ada effect ke?
JAWAPAN : Boleh. sangat-sangat digalakkan lagi mengambil PMC untuk dapatkan nutrisi tambahan sambil menyihatkan bdan dan mencantikkan diri. Malahan ia akan mencantikkan kulit bayi anda. (seeloknya 4 bulan ke atas)
SOALAN : Saya sekarang mengandung dan tengah makan PMC tetapi muka saya masih berjerawat. Kenapa ya?
JAWAPAN: Ada 2 kemungkinan, pertama kemungkinanan badan anda tengah mengeluarkan toksin kerana salah satu kesan penggunaan PMC adalah mennyah toksikkan badan . Kedua, kemungkinan badan anda tidak memberi tindak balas terhadap PMC tetapi menyerapan PMC anda disalurkan pada bayi anda. Kekadang apa yg Si Ibu makan hasilnya tidak pada si ibu tetapi pada si Anak yang dikandung.
SOALAN: Ibu yang tengah menyusukan anak boleh makan
JAWAPAN:Ibu-ibu yang mengandung atau menyusukan mempunyai keperluan yang lebih tinggi bagi iodin sebagai mereka mesti membekalkan kedua-dua mereka sendiri dan anak-anak mereka. Linus Pauling Institute mengesyorkan 220 mcg iodin setiap hari semasa mengandung dan 290 mcg sehari semasa penyusuan. Jumlah ini mungkin berbeza bergantung kepada kesihatan anda dan kesihatan anak anda. Pembekal penjagaan kesihatan anda boleh menyediakan anda dengan cadangan tertentu.
SOALAN :
Kalau kanak-kanak boleh makan tak ?
JAWAPAN
: Kanak-kanak antara umur 1 dan 14 memerlukan iodin kurang daripada bayi atau dewasa. Antara umur 1 dan 8, kanak-kanak memerlukan 90 mcg iodin setiap hari untuk kekal sihat. Kanak-kanak antara 9 dan 14 memerlukan 120 mcg sehari. Bayi memerlukan tahap yang lebih tinggi iodin, walaupun mereka dengan mudah akan mendapatkan ini dari susu ibu, dengan mengandaikan ibu tidak kekurangan. Bayi memerlukan 110 mcg sehari antara kelahiran dan 6 bulan umur. Bayi antara 6 dan 12 bulan memerlukan 130 mcg setiap hari.
SOALAN :
Saya dalam masa MENOPAUSE , adakah selamat untuk saya makan PMC ini ?
JAWAPAN : Iya, selamat dan disarankan untuk memakan PMC ini kerana PMC ini menstabilkan hormon bagi masalah yang di alami oleh sesetengah wanita yang tengah menopause
SOALAN :
Saya dapati PMC boleh menghilangkan masalah KEPUTIHAN?...bagaimana ?
JAWAPAN :
Itu adalah benar. PMC bersifat sebagai ANTIKUMAN dan ANTIBAKTERIA dimana ia memnyah toksid badan dan menghilangkan semua masalah keputihan
SOALAN :
Apa beza PMC UNGU dengan PMC warna PUTIH ?
JAWAPAN : Khasiat pada PMC ungu dan putih adalah sama kecuali PMC UNGU memiliki tinggi kandungan ANTIOKSIDA nya. Dimana ia bertindak sebagai agen penghalang radikal seperti pencemaran , habuk , asap rokok dan sebagainya. Ia juga bertindak sebagai agen awet muda.
SOALAN :
Adakah khasiatnya bertukar sekiranya PMC dimakan atau diminum dengan bahan lain?
JAWAPAN: Tidak. khasiat di dalam PMC tidak boleh bertukar dengan sekadar campuran lain. Ia hanya boleh ditukar dengan haba yang sangat tinggi kerana ia bersifat PROTEIN.
SOALAN :
Yang mana satu betul bagi kuantiti air untuk rebus PMC?...lain penjual saya tengok lain kuantiti air yang disarankan untuk rebus PMC
JAWAPAN :
Bagi saya semuanya betul. Rebuslah PMC mengikut kekentalan yang kamu ingin kan. ada pengguna lebih suka tebal PMC , jadi kurangkan kuantiti airnya. Ada pengguna lebih suka cair , jadi lebihkan kuantiti air semasa rebus PMC.
SOALAN :
Apa beza Pure Marine Collagen @ Rumpai Laut yg dijual ini dengan Kolagen yang banyak dipasaran. JAWAPAN :
Pure Marine Collagen yang dijual ini dalam bentuk bahan mentah, maksudnya ia adalah asli tanpa sebarang bahan kosmetik yang banyak bahan campuran seperti bahan perisa dan pewarna.
SOALAN :
PMC ini ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ? atau ada tanda Halal?
JAWAPAN :
Bagi saya PMC ini tidak perlu ada tanda halal atau kelulusan KKM. Seperti mana anda beli ikan masin kering , iya masih bahan mentah yang tidak perlu kelulusan KKM atau tanda halal sebab anda tahu ia halal dan untuk pastikan ia bersih anda perlu cuci sebersih-bersihnya untuk makan PMC. GUNAKAN TANPA WAS -WAS DAN IANYA BEBAS DARI BAHAN KIMIA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment