Sunday, February 17, 2013
PERBEZAAN RUMPAI LAUT UNGU DENGAN RUMPAI LAUT WARNA LAIN
Perbezaan di antara RUMPAI LAUT UNGU DAN RUMPAI LAUT WARNA LAIN adalah ANTIOKSIDA
Rumpai laut ungu didapati memiliki antoksida, terhasil daripada warna pigment ungu
APAKAH ANTIOKSIDA?
Bahan antioksida adalah bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak.
Antikoksida menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki oleh radikal bebas itu, dan menghambat terjadinya reaksi berantai daripada pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif. Ada beberapa bentuk bahan antioksida antaranya vitamin, mineral dan fitokimia. Pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja sama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.
APA PENTINGNYA ANTIOKSIDA PADA TUBUH?
· Kandungan agen anti virus, antibakteria, antifungus dan antiprotozoa yang dimiliki membuat TUBUH LEBIH TAHAN DARIPADA SERANGAN PENYAKIT
· MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT kerana bahan antioksida mempercepat penggantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
· PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG kerana sel rambut mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksimum .
· MENGATASI MASALAH PENYAKIT DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR LANJUT kerana antioksida semulajadi dalam rumpai laut menjadi agen penghambat pada pembentukan radikal bebas dan mempertingkat ketahanan sel badan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment