Wednesday, June 12, 2013

Resepi Kerabu-Umai Rumpai laut


Lepas terfikir pasal umai obor-obor..terkeluarlah ilham mama shafiqa utk buat rumpai laut ne ala-ala umai atau org semenanjung selalu panggil kerabu.. semua ne mama yang buat..shafiqa just tolong potong bawang je..hehe...so resepinya mcm ne...


Bahan-bahan :
1 paket rumpai laut (direndam semalaman)
3 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah
2 biji bawang besar
8 biji limau kasturi
*1 atau 2 biji tomato (sebagai tambahan)

Cara-cara :
1. Rendam 1 paket rumpai  laut semalaman..cuci secukupnya
2. tumbuk bawang putih, bawang merah, cili 
3. potong nipis bawang besar
4. perahkan limau kasturi (buang biji)
5. potong tomato kepada 8 bahagian sederhana kecil (ikut saiz tomato)
6. Gaul dan campurkan kesemua bahan ke dalam bekas bersama rumpai laut.
7. Siap untuk dihidang.

#Tips Nyaman : Utk menambah keenakan & kelazatan umai ne..perap beberapa jam di dalam peti sejuk sblm dimakan. rasa akan lebih meresap dan smkin lama smkin sedap :)

SELAMAT MENCUBA ^___^

Monday, June 10, 2013

Dakwaan Rumpai Laut Tiada Kolagen

" Tiada kolagen dalam rumpai laut tapi banyak khasiat lain... "
-Dr Zubaidi Ahmad-

rumpai laut tidak mempunyai kolagen tetapi mampu mengekalkan dan mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam tubuh manusia - Dr. Mariani Abdul Hamid

maklumat lanjut sini.

Kesan Apabila Tubuh Badan Kehilangan Kolagen

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi beberapa maklumat mengenai kolagen dalam badan manusia. *Pemahaman sy semasa bljar dlm subjek anatomi dan fisiologi dlm semester lepas..
Bermula dari bayi hinggalah berumur 20 tahun ke atas, kolagen di dalam tubuh badan manusia akan meningkat secara semulajadi. Apabila mencecah umur 30 tahun dan ke atas, kolagen di dalam tubuh manusia akan berkurang hari demi hari. Pengeluaran kolagen asli dari tubuh menjadi semakin lambat. Hatta, dengan berkurangnya kolagen di dalam tubuh badan manusia, perkara berikut akan dialami..................


Begitulah terjadinya kedutan2, kulit kendur dan sebagainya pada tubuh badan kita. Oleh itu, bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikkan tubuh badan, kita perlulah mendapatkan mineral yang secukupnya seperti rumpai laut, soya, minyak ikan dll, bagi meransang peningkatan kolagen di dalam badan dan mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikkan yang memuaskan.


*p/s : masih terdapat beberapa pihak yg tidak bertanggungjawab & xberpuas hati kpg org yg meniaga rumpai laut dgn mngatakan rumpai laut tiada kolagen.memang benar.. kerana rumpai laut ialah kontijen yg memindah  sumber mineral seperti protein, iodin, dll, ke dlm tubuh manusia dan merangsang peningkatan kolagen dalam tubuh.
: individu yg faham tentang betapa berkhasiatnya rumpai laut tidak akan termakan dengan kata2 yg tidak benar dri bbrp pihak tersebut ^_^

Senarai Harga Rumpai Laut dari Sabah

rumpailautsabahdeshara.blogspot.com 
menjual rumpai laut Gred AA (kuning) dan Gred AAA (ungu)

Harga Runcit - 100 gram (g)

GRED
LOKASI
PAKET
HARGA
BELI
AA
AAA
Sabah/
Sarawak/ Semenanjung

1 paket x 100 g

RM3

Minimum 10 paket


Harga Borong – 100 gram (g)

GRED
LOKASI
PAKET
HARGA

AA

AAA

Sabah/
Sarawak / Semenanjung
10 paket x 100g
RM30
20 paket x 100g
RM60
30 paket x 100g
RM88
40 paket x 100g
RM115
50 paket x 100g
RM140

Harga Borong – 1 kilogram (kg)

GRED
LOKASI
PAKET
HARGA

AA

AAA

Sabah/
Sarawak / Semenanjung
1 paket x 1 kg
RM30
2 paket x 1 kg
RM60
3 paket x 1 kg
RM88
4 paket x 1 kg
RM115
5 paket x 1 kg
RM140



Hasil Penemuan Kajian Rumpai Laut


UPM temui pengganti garam yang baik untuk kesihatan
SERDANG: Selepas penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.

Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia didapati memberi manfaat kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).

KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, ter-utama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol tinggi.

Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium, kalsium, kalium, iodin, zink, kuprum dan selium.

“Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate didapati mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah."

“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir sama Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof."

Dr Suhaila berkata, KardioMate mempunyai aktiviti antimikrobial yang membantu melambatkan kerosakan makanan, pada masa sama merencatkan kenaikan gula dalam darah serta mengawal tekanan darah berlebihan.

Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik untuk kesihatan dan kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh dijadikan sebagai perasa masakan, sos, snek atau dicampur dalam aiskrim dan minuman.

Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik dan krim topikal memandangkan antibodi yang dihasilkannya sama seperti gamat yang kini luas dikomersilkan.

Saya berharap ada pihak industri akan bekerjasama dengan UPM Holdings mengkomersilkan rumpai laut ini. Saya mencadangkan ia dijual pada harga RM8 bagi setiap botol 80 gram. Walaupun agak mahal berbanding garam biasa, KardioMate sesuai untuk golongan berisiko, katanya. 

Khasiat Rumpai laut

Rumpai laut mungkin sesuatu yang masih asing di Malaysia, tetapi di negara kepulauan seperti Jepun, ia merupakan sejenis sayur yang popular. Ia tergolong dalam kumpulan algae, iaitu sejenis kelas tumbuhan yang menghasilkan “makanannya” sendiri tetapi bersifat ringkas kerana tisu-tisunya tidak membentuk sebarang organ yang jelas (seperti daun, bunga, buah, majoritinya terdapat pada tumbuhan darat).

Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.


Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis  dan species (dipecahkan kepada 3  jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya rumpai laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.

Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan rumpai laut yang perlu anda tahu
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).
2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai ejen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
10. Rumpai laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

Rumpai Laut Gred AAA a.k.a warna ungu/purple ^_^


Rumpai laut Gred AAA atau rumpai laut yang berwarna ungu dijual secara paket iaitu 100g = 1 paket. 
Pembelian bagi paket ini ialah paling minimum haruslah dibeli sebanyak 10 paket dan jumlah maximum  dibeli secara 'unlimited'


call/sms/whatsapp/viber/wechat: 0145953462
#Boleh runding harga kalau borong banyak, lebih dri 10 paket.